4 September 2010, Kuala Lumpur – Satu kejohanan catur yang telah fireyrook masuk pada tahun lalu iaitu Kejohanan Catur Terbuka Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dianjur bersama oleh Kelab Catur UPSI dan Kementerian Pengajian Tinggi bertempat di Bitara Siswa, UPSI, Tanjung Malim, Perak akan diadakan semula pada tahun ini, 23-24 Oktober 2010.
Pertandingan catur ini menggunakan kawalan masa satu jam (60 minit), namun tergolong sebagai permainan Rapid. Selain itu, ianya di adakan pada dua hari hujung minggu 23-24 Oktober 2010 supaya melegakan masa permainan tersebut.
Bagi para peserta dan peminat-peminat catur di sekitar Tanjung Malim, Perak, pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk mencuba nasib bertarung di papan catur 64 petak ini!
Tahun lalu (2009) pertandingan catur terbuka UPSI ini telah dimenangi oleh Ian Udani (gambar dari blog fireyrook (emel:sbsabri@pc.jaring.my)).
(sumber maklumat pertandingan catur: blog Gilocatur)
No comments:
Post a Comment