Showing posts with label Shah Alam Chess League. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam Chess League. Show all posts

Sunday, August 9, 2009

Gambar-Gambar Liga Catur Shah Alam

Dilampirkan beberapa gambar yang menunjukkan permulaan Liga Catur Shah Alam pada 16 Jun 2009 yang lalu dan gambar permainan catur pada 7 Ogso 2009 yang lalu.


Para pemain catur 17ChessClub dan organizer liga ini iaitu En Mat Zaki Yeop, Akademi Insofar Chess, Shah Alam sedang memberi keterangan mengenai peraturan permainan liga catur Shah Alam ini.







Gambar-gambar pada 7 Ogos 2009 lalu. Khairul Azam melawan Fauzi, GiLoCatur Gambit sedang memanas badan sebelum permainan liga. Serta gambar yang menunjukkan pasukan MyKasparov Declined sedang tekun melawan 17ChessClub pada 7 Ogos 2009.









Liga Catur Shah Alam 2009 Sehingga Kini

LIGA CATUR SHAH ALAM 2009
Beberapa pasukan catur telah memasuki Liga Catur Shah Alam 2009 sejak bulan Jun 2009 lagi. Jadual di sebelah menunjukkan kedudukan keempat-empat pasukan yang telah menyertai liga catur ini yang bermain di Akademi Insofar Chess, Shah Alam, Tkt 3, Bangunan PKNS.
Kedudukan teratas di bolot oleh pasukan 17ChessClub dengan para pemain nya semua mempunyai National Rating. Sementara MyKasparov Declined menduduki tempat kedua yang mempunyai para pemain yang terdiri daripada tenaga pengajar Akademi Insofar Chess dan pasukan GiLoCatur Gambit yang diketuai oleh En. Saleh atau lebih dikenali dengan laman webnya GiLoCatur. Tempat terakhir di sandang oleh pasukan yang dipanggil "Fauzi Cheras".
Pada malam 7 Ogos 2009 lalu, pasukan 17ChessClub telah bermain dua kali. Match pertama melawan MyKasparov Declined dan Match Kedua melawan GiLoCatur Gambit. Namun pasukan GiLoCatur Gambit kekurangan pemain kerana beberapa pemainnya mempunyai hal keluarga dan sebagainya dan hanya menurunkan tiga pemain sahaja. Ketika firey rook tinggalkan tempat bermain, 17ChessClub telah mendahului 3-0 dengan papan pertama masih berentap. Papan pertama dimain oleh Khairul Azam Mastuki, firey rook dipapan kedua, Fauzi di papan ketiga dan pemberian forfeit kepada lawan di papan keempat.
Diharap pasukan "Fauzi Cheras" akan hadir pada minggu-minggu berikut untuk sama-sama habiskan liga catur dengan semangat kesukanan dan sportmanship yang baik. Bermainlah catur dengan tujuan meningkatkan tahap permainan masing-masing.