Showing posts with label Pertandingan Piala Catur MPP Zon Selatan. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan Piala Catur MPP Zon Selatan. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Mohd Nabil Menang Piala Catur MPP Zon Selatan Shah Alam 2010

Mohd Nabil b Azman Hisham telah mengalahkan 43 peserta catur yang lain di kategori terbuka untuk memenangi Piala Catur MPP Zon Selatan Shah Alam 2010 di Dewan Oncidium, Kota Kemuning, Shah Alam yang telah diadakan pada 18 April 2010 yang lalu.

Sementara untuk kategori remaja telah dimenangi oleh adik Nur Nabila bt. Azman Hisham dengan 6.5 mata dari tujuh pusingan permainan.

Dibawah adalah final ranking para pemain pada hari pertandingan tersebut untuk makluman semua:-

mpp-shah-alam-open-finalranking

(sumber: ikhsan stonemaster.info)

Untuk mengikuti lagi berita penuh keputusan pertandingan catur Piala Catur MPP Zon Selatan Shah Alam 2010 ini, sila layari ke stonemaster.info atau klik disini.

Sunday, April 18, 2010

Pusingan Ke-4, Pertandingan Catur Piala MPP Zon Selatan

Untuk melihat pairing pusingan keempat bagi Pertandingan Catur Piala MPP Zon Selatan yang sedang berlangsung di Dewan Oncidium, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor sila lawati laman web stonemaster.info atau klik di sini.

Selepas tiga pusingan, 5 pemain dengan mata penuh 3.0 sedang mendahului para peserta pertandingan catur tersebut. Antara pemain dalam kumpulan elit ini ialah Abdullah Che Hassan, Hussein Mohd, Zaharinga Basiran, Ismail Ahmad dan Tun Seri Lanang b Othman.

1

Gambar 1. Abdullah Che Hassan, pemain favorite.

Pertandingan Piala Catur MPP Zon Selatan

18 April 2010 - Hari ini adalah hari Pertandingan Piala Catur MPP Zon Selatan di Kota Kemuning, Shah Alam yang dianjur bersama oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan Cerdik Catur Enterprise.

Butir-butir pertandingan tersebut adalah seperti berikut:-

Nama Kejohanan : Pertandingan Piala Catur MPP Zon Selatan

Tarikh Kejohanan : 18 April 2010 (Ahad)

Tempat Kejohanan : Dewan Oncidium, Seksyen 31 Shah Alam

Maklumat lanjut: http://stonemaster.info/2010/03/24/pertandingan-piala-catur-mpp-zon-selatan-shah-alam-18-april-2010/

image MPP zone cerdik catur

(sumber: stonemaster.info)