Perkembangan terbaru mengenai galakan bermain catur di kalangan sekolah-sekolah menengah. Semalam 12hb Oktober 2009 di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia , surat pekeliling mengenai permainan catur di sekolah-sekolah menengah telah dikeluarkan.
Antara kenyataan isi kandungan surat yang bertarikh 4 Ogos 1971 tersebut adalah langkah-langkah yang diajukan kepada semua sekolah menengah khasnya di luar bandar, supaya:
1) Menubuhkan kelab catur – bukan sahaja mengadakan pertandingan catur tetapi juga menubuhkan kelas latihan kepada pelajar yang tidak tahu bermain catur.
2) Sekolah-sekolah digalakkan mengadakan pertandingan catur antara darjah dan piala-piala dihadiahkan,sekiranya perlu.
3) Pertandingan negeri pada peringkat jajahan atau negeri boleh dianjurkan dan piala-piala yang sesuai dihadiahkan,sekiranya perlu.
4) Kursus-kursus berkenaan permainan catur hendaklah diadakan sekiranya perlu kepada guru-guru, khasnya dalam sekolah-sekolah di luar bandar.
Untuk melihat isi kandungan penuh surat pekeliling tersebut, sila Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1971 - Permainan Catur di Sekolah-Sekolah Menengah di sini. Atau linknya seperti berikut:- http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1255318225.PDF
(Sumber: http://stonemaster.info/)
Global Chess League: Carlsen’s Pipers Take the Lead
-
The Alpine APL Pipers, with Magnus Carlsen on the icon board, took sole
lead in the standings on day three of the Global Chess League in Bengaluru.
In thei...
2 weeks ago








No comments:
Post a Comment