Saturday, March 3, 2012

4th UIAM Invitational Chess 2012

image
3 March 2012, Kuala Lumpur - UIAM is organizing the next UIAM Rapid Chess Tournament 2012, 30 March - 1 April 2012. Time control is 45 minutes.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persekutuan Catur Malaysia (MCF) akan menganjurkan Kejohanan Catur Jemputan UIAM Kali Ke-4, 2012. Kejohanan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Kategori Terbuka, Kategori Bawah-21 tahun dan Kategori Bawah-12 tahun.

Sehubungan dengan ini, pihak kami berasa amat berbesar hati untuk menjemput pasukan tuan/puan untuk menyertai kejohanan seperti maklumat yang berikut;
Tarikh : 30 Mac hingga 1 April 2012
Tempat : Dewan Besar Mohd Kamal Hassan,
Kuliah Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Masa : 8.00 pagi hingga 7.00 petang
Tarikh tutup penyertaan ialah 28 Mac 2012

Bersama-sama ini disertakan brosur kejohanan dan borang penyertaan untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Yuran penyertaan boleh dibayar sebelum atau pada hari pendaftaran.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Norsharmila Zabani (012 9771017) atau En. Wan Ahmad Farid Wan Abdul Rahman (019 3644840).

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

Note: Forms can be downloaded from this link here.

No comments: