Wednesday, September 16, 2009

Kejohanan Catur Terbuka UUM 2009 (acara berpasukan - 9 & 10 Oktober 2009)

Satu pertandingan catur berpasukan yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia akan diadakan pada 9 & 10 Oktober 2009 di Dewan Tan Sri Othman (DTSO), Universiti Utara Malaysia. Pertandingan ini adalah mengikut 7 pusingan Swiss dan mengikut undang-undang FIDE. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang pemain utama dan dimana 2 orang pemain simpanan dibenarkan. Hanya 4 orang pemain dibenarkan bermain pada setiap pusingan.

Masa yang diperuntukkan bagi setiap pusingan ialah 90 minit iaitu 45 minit bagi setiap pemain. Masa "walkover" ialah 20 minit. Sekiranya kedua-dua pemain tidak hadir, kedua-duanya akan dianggap kalah.
Yuran penyertaan bagi setiap pasukan ialah RM80 (4 orang).

Butir-butir pertandingan dan borang penyertaan boleh di capai di link berikut:-

http://stonemaster.info/?p=5404

Semua penyertaan atau pertanyaan boleh dialamatkan kepada:-

Teh Yeong Tarng (110989)
14B 329, Dewan Penginapan Pelajar,
Yayasan Albukhary, Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok,
Kedah Darul Aman.

Tarikh tutup penyertaan ialah 2 Oktober 2009.

No comments: