Friday, February 26, 2010

Surat Terbuka Mengenai Penganjuran Pertandingan Catur Berpasukan Terbuka Tun Syed Zaharuddin 2010

Sebagai pengurus salah satu pasukan catur yang akan bertanding, pihak penganjur Universiti Malaya telah mengirim satu emel menjelaskan kedudukan pihak UM sendiri dan masalah kecil dan cara menangani masalah yang telah wujud untuk maklum para peminat catur tanah air.

Di bawah dipamerkan maklumat emel yang telah diedarkan untuk makluman para peserta Pertandingan Catur Terbuka Tun Syed Zaharuddin di Kolej Ke-9, Universiti Malaya pada 28 Februari 2010 ini.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

Kami di pihak penganjur terlebih dahulu meminta maaf atas segala kesulitan yang mungkin dihadapi oleh peserta sepanjang 3 bulan ini.

Segala perancangan berjalan lancar cuma secara jujurnya, kami menghadapi masalah tempat pertandingan. Hal ini terjadi apabila pihak kolej kami secara tidak sengaja menyewa dewan kepada orang lain untuk mengadakan kenduri kahwin.

Pada mulanya kami telah diarahkan oleh penasihat agar menganjakkan tarikh pertandingan atau terpaksa membatalkan pertandingan.

Setelah mendapati sesetengah peserta menghadapi kesukaran, kami bersepakat untuk meneruskan juga pertandingan walaupun tidak dipersetujui oleh penasihat kami.

Tempat yang kami sediakan masih di kolej sembilan Universiti Malaya, Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin.

Cuma, tempat yang kami sediakan tidak besar tetapi mempunyai penghawa dingin.

Dan, mungkin akan menggangu para peserta dengan bunyi dari orang kahwin di tingkat bawah :(

Jadi, personally, saya ingin bertanya.

Adakah menjadi masalah kepada para peserta dengan masalah2 di atas (bunyi bising) ?

Sila sertakan feedback anda kerana kami inginkan yang terbaik untuk keselesaan peserta kami :)

Maaf atas segala kesulitan, but,

THE SHOW MUST GO ON!!

Berikut merupakan aturcara pada hari pertandingan.

ATURCARA PROGRAM

7.45 am -8.30 am : Pengesahan Pendaftaran peserta

8.30am-9.00 am           : Taklimat pertandingan oleh En. Hamid, wakil dari Malaysia Chess Federation.

9.00 am-10.00 am         : Pusingan 1

10.00 am-11.00 am       : Pusingan 2

11.00 am-12.00 pm       : Pusingan 3

12.00 pm-1.30 pm         : Makan tengah hari/Rehat

1.30 pm-2.30 pm          : Pusingan 4

2.30 pm- 3.30 pm         : Pusingan 5

3.30 pm- 4.30 pm         : Pusingan 6

4.30 pm- 5.00 pm         : Rehat

5.00 pm                    : Semua peserta berkumpul di dewan

5.00 pm- 5.10pm      : Ucapan Pengarah (SAYA, wink wink)

5.10 pm- 5.30 pm    : Ucapan Penasihat/Penyelia, Dr Chandran Somasundram.

5.30 pm- 6.30 pm        : Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.

6.30 pm                   : Majlis bersurai.

Selain daripada itu, pihak penganjur meminta agar peserta membawa resit asal pembayaran semasa pengesahan pendaftaran. Harap Maklum.

Ohh ya, kami ada 3 bilik untuk pemain. Dan ketiga-tiga bilik ada air-cond.

So, kepada yang tidak tahan sejuk, bolehlah membawa sweater bersama ;)

Sekian, terima kasih.

Jumpa anda AHAD ini (28 FEBRUARI 2010)

Segala update akan saya postkan di http://pctptsz.blogspot.com/

Yang benar,

Sharifah Itasha Jamalullai binti Syed Nushadil

Pengarah,

Pertandingan Catur Terbuka Tun Syed Zahiruddin 2009/2010,

Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin,

Universiti Malaya.

pctptsz@yahoo.com

013-7686940

(source: emel dari Sharifah Itasha Jamalullai)

No comments: