Pages

Monday, October 25, 2010

Keputusan Penuh UPSI 2010 Kategori Terbuka

dalam dewan 25 Oktober 2010, Tanjung Malim – Pertandingan catur Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Terbuka telah diadakan selama dua hari, 23-24 Oktober 2010 yang lalu dan telah dimenangi oleh saudara Mohd Syakir Shazmeer (gambar di bawah)dengan 6.5 mata. Masa kawalan adalah satu jam setiap pemain.
Mohd Syakir Shazmeer b Azhar
Kedua jatuh kepada Mohd Saprin Sabri dengan 6 mata dan ketiga Sumant Subramaniam. Keempat diduduki oleh Mohd Faisal Zakaria (adik/abang Stonemaster) dan kelima dimenangi oleh Ahmad Fadzil Nayan dengan 5.5 mata. Saudara Kamaluddin Yusof telah memenangi kedudukan ke-6. Ke-7 dimenangi oleh saudara CM Mohd Fadli Zakaria atau lebih kenali sebagai Stonemaster. Kelapan dimenangi oleh saudari Kimberly Jane Cunanies dari Filipina. Ke-9 oleh Wong Jian Wen dan ke-10 Wan Mohd Fazli Wan Nawawi.

Bapa kepada Shazmeer, En. Azhar b Mohd Said, menduduki tempat ke-11 dengan 5 mata.


image

image

Tahniah kepada pihak penganjur pertandingan catur kerana berjaya menganjurkan pertandingan catur ini.

(sumber: Mohd Huzairi b Husin, UPSI)

No comments:

Post a Comment