Pages

Wednesday, October 14, 2009

Surat Pekeliling Iktisas Bil 8/1971, Permainan Catur Di Sekolah-Sekolah Menengah

Perkembangan terbaru mengenai galakan bermain catur di kalangan sekolah-sekolah menengah. Semalam 12hb Oktober 2009 di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia , surat pekeliling mengenai permainan catur di sekolah-sekolah menengah telah dikeluarkan.


Antara kenyataan isi kandungan surat yang bertarikh 4 Ogos 1971 tersebut adalah langkah-langkah yang diajukan kepada semua sekolah menengah khasnya di luar bandar, supaya:

1) Menubuhkan kelab catur – bukan sahaja mengadakan pertandingan catur tetapi juga menubuhkan kelas latihan kepada pelajar yang tidak tahu bermain catur.
2) Sekolah-sekolah digalakkan mengadakan pertandingan catur antara darjah dan piala-piala dihadiahkan,sekiranya perlu.
3) Pertandingan negeri pada peringkat jajahan atau negeri boleh dianjurkan dan piala-piala yang sesuai dihadiahkan,sekiranya perlu.
4) Kursus-kursus berkenaan permainan catur hendaklah diadakan sekiranya perlu kepada guru-guru, khasnya dalam sekolah-sekolah di luar bandar.

Untuk melihat isi kandungan penuh surat pekeliling tersebut, sila Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1971 - Permainan Catur di Sekolah-Sekolah Menengah di sini. Atau linknya seperti berikut:-  http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1255318225.PDF


(Sumber: http://stonemaster.info/)

No comments:

Post a Comment