Sunday, October 3, 2010

Syakir Shazmeer Pemenang Terbuka Ampang Aidil Fitri

3 Oktober 2010, Pandan Indah – Saudara Muhd Syakir Shazmeer b Azhar telah memenangi pertandingan catur terbuka Ampang Aidil Fitri yang telah diadakan pada 2 Oktober 2010 lalu di Menara MPAJ Pandan Indah, Kuala Lumpur. Saudara M Syakir telah mengalahkan 114 pemain lain untuk memenangi permainan 7 pusingan Swiss Rapid satu hari tersebut.

M Syakir telah mengutip 6.5 mata dari 7 pusingan. Sementara tempat kedua telah dimenangi oleh Zarul Shafiq b Zulkafli dan ketiga oleh Ian Udani. Kedua-dua pemain tersebut telah mencapai 6.0 mata setiap seorang.


Gambar 1. Saudara Muhd Syakir Shazmeer b Azhar menerima hadiah RM500 dan sijil daripada En. Abdul Halim b Nordin, Pengarah Pertandingan Catur Terbuka Ampang Aidil Fitri ini. (courtesy of stonemaster.info)
Untuk membaca laporan penuh pertandingan catur tersebut, sila layari ke stonemaster.info atau klik disini.

No comments: