Saturday, September 4, 2010

Kejohanan Catur Terbuka Universiti Pendidikan Sultan Idris, 23-24 Okt 2010

4 September 2010, Kuala Lumpur – Satu kejohanan catur yang telah fireyrook masuk pada tahun lalu iaitu Kejohanan Catur Terbuka Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dianjur bersama oleh Kelab Catur UPSI dan Kementerian Pengajian Tinggi bertempat di Bitara Siswa, UPSI, Tanjung Malim, Perak akan diadakan semula pada tahun ini, 23-24 Oktober 2010.
Pertandingan catur ini menggunakan kawalan masa satu jam (60 minit), namun tergolong sebagai permainan Rapid. Selain itu, ianya di adakan pada dua hari hujung minggu 23-24 Oktober 2010 supaya melegakan masa permainan tersebut.
Bagi para peserta dan peminat-peminat catur di sekitar Tanjung Malim, Perak, pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk mencuba nasib bertarung di papan catur 64 petak ini!




Untuk borang pendaftaran sila klik di sini.  Tarikh tutup penyertaan ialah 18 Oktober 2010.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mohd Huzairi Husin, selaku pengarah program, emel: mohdhuzairi89@yahoo.com> atau talian handphone 013-5959350 atau timbalan pengarah program iaitu Izza Hasrina di talian 012-7412326

image
image

Tahun lalu (2009) pertandingan catur terbuka UPSI ini telah dimenangi oleh Ian Udani (gambar dari blog fireyrook (emel:sbsabri@pc.jaring.my)).

(sumber maklumat pertandingan catur: blog Gilocatur)

No comments: